Ulat Buku Sangat
Tuesday, June 3, 2025
Gelora
Monday, September 9, 2024
Lapar
Baru aku tahu, lapar itu indah.
Bila aku happy, aku dapat nikmat rasa lapar.
Aku makan, aku rasa semuanya sedap.
Tapi, bila hati aku dah mati. Aku hilang rasa lapar.
Apa yang aku dapat adalah gastrik.
Tak lapar, tapi perut sakit. Cuba korang bayangkan diri aku..
Pedih kan. Bila perut sakit, jus gastrik dah membuak-buak memanaskan isi dalam diri kau, tapi tetaplah kau tak berusaha cari makan.
Sebab apa? Sebab kau dah hilang rasa lapar tu
Kau rasa sedih, kasihan kat diri sendiri.
Tapi kau tetap tak pergi cari makanan dan makan, sebab kau rasa menangis lagi best.
Menangis buat kau rasa lega,tapi makan tak bagi kau apa-apa. Sebab kau tak lapar.
Eh, sedih la kisah aku ni. Lagi sedih bila aku tulis ni tak ada orang baca pun.
Sunday, July 14, 2024
Galau
1.46 pagi [15.07.2024]
Masih lagi berusaha untuk lena tatkala insan lain sedang diulit mimpi. Hanyut dalam debaran, yang mungkin berat dalam fikiranku, namun mungkin enteng sahaja sebenarnya - over thinking slowly murder my soul! But yet, i am not choose this thing to happend. It is just came, poping in my brain, short after gush of heat pump into my heart, and racing up to hill.
Too much. Hopefully i will heal soon. INSHAALLAH.. He heard me, and He will not let me down.
Ya Allah, Hanya padaMu aku serahkan kehidupanku. Janganlah engkau biarkan aku berlama- lamaan dalam kesusahan ini. Angkatlah deritaku, dan mudahkanlah jalanku dalam meniti kehidupan harian.
Semoga Engkau jadikan aku insan yang kuat, fizikal dan mental. Aku tidak sanggup untuk hanyut dan lemas dalam emosi sendiri. KepadaMu aku berserah. Hapuskanlan ujian ini dan jadikanlah aku insan yang bersyukur. Perkenankanlah doaku. Amin..
Monday, April 12, 2021
Fakta menarik mengenai anatomi manusia.
Monday, April 5, 2021
Fakta menarik mengenai pemindahan organ / organ transplant
Mari kita tengok beberapa fakta menarik mengenai pemindahan organ..
Hanya dua organ sahaja boleh didermakan semasa penderma hidup iaitu buah pinggang dan hati. Manakala organ-organ lain seperti jantung dan mata hanya boleh didermakan oleh penderma yang baru meninggal atau kematian fungsi otak.
Proses pembedahan mengambil dan memindahkan organ kepada penerima mestilah dilaksanakan dalam bilik pembedahan yang sangat bersih. Kes penculikan kanak-kanak menggunakan van putih dan pembedahan di dalam van adalah mitos semata-mata. Tak semudah itu nak keluarkan organ yang berfungsi dengan baik. Banyak prosedur yang perlu dilakukan bagi memastikan organ sihat walafiat..
Proses pendermaan mata bukanlah mengambil bulat-bulat satu biji mata. Hanya bahagian kornea sahaja yang diambil. Kornea adalah lapisan jernih yang melapisi mata hitam dan berfungsi untuk memfokuskan cahaya yang memasuki mata. Geram tengok cerita Kasim Selamat, lepas dapat mata baru, dicucuknya pulak dengan garfu..ingat mudah ke nak dapat penderma, nak bedah lagi..mahal tau.
![]() |
| corak zig zag kat dalam mata merupakan benang jahitan kornea |
Pesakit yang menerima buah pinggang akan mempunyai tiga organ dalam badannya. Buah pinggang lama tidak akan dibuang semasa pembedahan. melainkan jika organ lama memberi masalah kepada pesakit.
Organ yang didermakan akan dianggap sebagai benda asing oleh badan penerima. Oleh itu penerima organ perlu mengambil ubat bagi menghalang serangan antibodi badan daripada menyerang organ baharu diterima. Ia perlu diambil sepanjang hayat. Kesan ubatan ini menyebabkan penerima organ mudah diserang infeksi kerana ia berfungsi untuk memberi tekanan terhadap antibodi. Jadi penerima organ perlu mengelakkan daripada situasi yang menyebabkan mereka mendapat jangkitan.
Kita juga boleh menjadi penderma kepada diri sendiri. Contoh jika kita mengalami luka melecur yang sangat besar, sebahagian kulit peha akan diambil bagi menutup luka lecuran tadi. Ia dikenali sebagai skin graft. Bagi kes penyakit sumbatan saluran koronari pula, saluran darah daripada kaki boleh diambil bagi membuat pintasan saluran yang tersumbat tadi. Apapun, saluran darah bukanlah organ..tapi saja nak tulis kat sini =P
Wednesday, March 31, 2021
5 dosa tanpa sedar.
Syurga.
Sesuatu yang sentiasa diimpikan oleh manusia selepas kematian adalah syurga. Kenikmatan yang infiniti. Terdetik je dalam hati, terus menjelma di alam realiti...wau! hebat bukan? Dapat ke kita masuk syurga dengan amal dan pahala yang kita buat selama ini? adus...seram. Ya la... dalam dok hitung pahala, tengok-tengok habis muflis buat bayar balik dosa yang tiap-tiap hari buat. Silap-silap hutang lagi. Alamak! double seram! Eh kejap, apa dosa yang aku buat ek? ada ke??? hah.... jangan berlakon maksum cek oiii. meh sini nak bagi senarai dosa tanpa sedar yang mungkin kita lazimi:
Mengumpat / mengata
Hak ni tak payah cerita panjang wahai tuan-puan yang dikasihi.. sendiri maklum. sikit sebanyak memang ada sahaja perkara mengenai orang lain akan dibicarakan bila berkumpul bersama-sama. Selalunya motif asal sekadar luahan perasaan, tapi kemudian tewas dengan bisikan syaitan. Maka syaitan bertepuk tangan, malaikat geleng kepala catat buku amalan.
Tidak amanah dalam pekerjaan
Kadang-kadang kita tak sedar dalam melakukan pekerjaan, banyak masa ter'curi'. Contohnya melakukan pekerjaan lain semasa bekerja, menggunakan alatan pejabat untuk kegunaan peribadi.. Nak cerita lebih-lebih pun rasa seram. Bukan seram hantu, tapi seram sebab diri sendiri jadi hantu.
Mengadu domba / bawa mulut
Orang lelaki jangan dok gedik sangat berlepas tangan bab ni ya. Sifat ni tak kenal jantina. Dok perati lama dah... baik lelaki mahupun perempuan sedikit sebanyak ada sifat ni. Kadang-kadang kita tak puas hati dekat seseorang, maka pelbagai usaha dilakukan supaya orang itu tidak disukai oleh ramai orang. Pendek kata, aku tak suka A, maka tak ada orang yang boleh suka A. Kalau orang bicara baik mengenai A, akan sedaya dipatahkan bicara itu supaya A kelihatan kurang elok. Ada sahaja cerita kurang elok akan dijaja mengenai A... hah, itulah kita panggil mengadu domba.
Berbohong
Asalnya melakukan pembohongan bertujuan untuk memudahkan urusan, tapi lama kelamaan seronok pula sampai dah jadi amalan. Kadang-kadang orang yang berbohong ini akan mencipta alasan bagi menjustifikasi pembohongannya...nak bagi sedap hati sendiri kan. meh nak bagi ayat sentap.. Munafik! hah, seram ke tak? mahukah kamu menjadi orang munafik? Sudah tentu tidak. Hindarilah berkata bohong, ikutlah sunnah nabi..berkata benar dan jujur sehingga digelar al-amin.
Mengambil hak orang lain
Kalau mencuri, memang terang-terang akan rasa dosa kan. Tapi ini ada satu perbuatan yang menyebabkan diri sendiri tak sedar bahawa dia sedang mencuri / ambil hak orang. Apa benda tu? memotong barisan.. Hangin betul kita pergi pasaraya dah beratur elok nak bayar, tiba-tiba ada orang potong line. Geram kan..pernah kena tak? Sama juga kalau pergi klinik, orang yang tak tahu mana hala tiba-tiba dapat giliran dulu.. Kalau kecemasn tu, boleh la terima kan.... ni sihat walafiat, sembang-sembang kejap kat kaunter terus dapat giliran.
Adus... ni baru sikit senarai..boleh ke masuk syurga neh? Boleh... mesti lulus syarat ini - MUSLIM. Sayangilah agama kita, jagalah baik-baik.. Dengan islam, kita akan dapat syurga. tapi bukanlah kata dengan menjadi muslin, terus masuk syurga tanpa hisab... tetaplah ada perhitungan..tetaplah ada balasan jika melalukan kezaliman dan dosa.. Cuma cepat atau lambat. Kita nak yang mana? pilihan ditangan kita.
Ikhlaskan setiap perbuatan kerana Allah, syurga itu bukan percuma. Lakukan amalan wajib, banyakkan amalan sunat. betulkan niat dalam ibadah.
Saturday, August 29, 2020
Sisi gelap aku nak kaya
- Positif sepanjang masa tetapi jangan cuba nak kritik aku, atau sifu aku. Aku akan bahan kau habis-habisan.
- Sanggup menipu rakan dan saudara mara kononnya mereka boleh menjadi kaya, dengan hanya beri duit dan tak perlu jual barang. Aah, memang tak jual barang, tapi jual air liur, tebal muka, dapat sedut duit orang.
- Kekentalan hati yang luar biasa. Pernah kena tipu dengan sejenis mlm, tapi boleh pulak masuk jenis mlm yang lain. Bukan sekali dua, malah berkali-kali.
- Menggunakan orang yang lemah. Contoh, orang yang terdesak nak duit, student, surirumah, dan orang yang baru masuk kerja kerajaan sebab slip gaji bersih..mudah buat pinjaman bank. Keji sangat perangai dorang kan.
- Sentiasa tunjuk duit, kemewahan, lifestyle yang konon hebat. Sampaikan pergi beli kereta pun bawak satu team buat pasukan sorak.
- Makan gaji adalah kerja paling low standart, tak ada kelas. Padahal orang yang makan gaji ni lah yang dok beli barang dan sistem entah pape yang korang jual.
- Suka buat pos semacam mencabar ego orang kat media sosial. Contoh, sedara mara tak akan like status, orang tak like pos dia adalah sombong, customer lagi baik dari kawan sendiri.
- Selalu ugut nak buat friend clearance kat fb dia. Orang yang tak komen hi akan di buang dari list. Lalu dengan senang hati kita unfriend dia. Tengok2 dia request friend kat kita pulak..aip! Pelik kan.. Nasib kita tak check ada berapa friend dia..sebabnya yang komen hi tu tak berapa ramai pun..
Gelora
Gelora bermaksud ombak badai yang kuat. Gelora perasaan pula bermaksud mood yang sukar digambarkan, bekecamuk, membara dengan nafsu, mungkin...
-
Kita boleh merancang apa yang kita mahukan. Dan, kita juga boleh berusaha untuk membolehkan perancangan itu berjaya. Tapi, apabila perancan...
-
Post bajet 2018 membuatkan kebanyakkan wanita tersenyum sengih sampai ke telinga. Cuti bersalin dinaikkan daripada 300 hari ke 360 hari. Ta...
-
Mari kita tengok beberapa fakta menarik mengenai pemindahan organ.. Hanya dua organ sahaja boleh didermakan semasa penderma hidup iaitu buah...







