Thursday, October 26, 2017

kata aluan

Kita boleh merancang apa yang kita mahukan. Dan, kita juga boleh berusaha untuk membolehkan perancangan itu berjaya. Tapi, apabila perancangan itu gagal, walaupun kita telah berusaha sebaik mungkin, ingatlah! Adanya kuasa yang paling besar selain daripada keinginan kita. Siapa? Allah S.W.T

Allah tidak menjanjikan kita berusaha, pasti kita berjaya. Tapi Allah suruh kita berusaha untuk berjaya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita. Boleh jadi kita berkehendakkan sesuatu, tetapi ia bukanlah terbaik untuk kita. 

Sebagai mukmim, janganlah kita menzalimi diri sendiri dengan merintih dan meletakkan diri kita di lembah yang paling hina. Marahkan orang sekeliling kerana tidak membantu, marahkan sistem pentadbiran negara, marahkan semua yang rapat dengan kita semata-mata kerana kita tidak mendapat apa yang kita inginkan.

Apa yang patut dilakukan? Berdoalah. Merintihlah kepada Allah dan dekatilah orang-orang yang berada sisi kita. Mereka pasti akan mendengar. Jangan biarkan kekecewaan memutuskan ukhuwah yang terjalin. Allah pasti akan menolong kita. Boleh jadi Allah akan gantikan sesuatu yang lebih baik kepada kita. 

Apa yang penting, berfikir secara positif. Jadilah seorang yang optimis. Hindarilah rasa aku hebat. Aku tidak patut gagal. Jika gagal, biarkan. Berusahalah untuk menghidari kesalahan yang sama agar di lain hari, kita akan berjaya.


**optimis okay!

No comments:

Post a Comment

Gelora

Gelora bermaksud ombak badai yang kuat. Gelora perasaan pula bermaksud mood yang sukar digambarkan, bekecamuk, membara dengan nafsu, mungkin...