Kenapa ramai orang sibuk sangat-sangat nak jadi jutawan? Setiap perkara yang dilakukan, mestilah disertai dengan perkataan, kaya, juta, rich, wealth. Oh, sungguh la aku berasa jelik dengan perkataan-perkataan ini. Sebab apa? Kerana kebanyakkan orang yang menggunakan perkataan ini mempunyai semacam jenis tabiat. Apa dia?
- Positif sepanjang masa tetapi jangan cuba nak kritik aku, atau sifu aku. Aku akan bahan kau habis-habisan.
- Sanggup menipu rakan dan saudara mara kononnya mereka boleh menjadi kaya, dengan hanya beri duit dan tak perlu jual barang. Aah, memang tak jual barang, tapi jual air liur, tebal muka, dapat sedut duit orang.
- Kekentalan hati yang luar biasa. Pernah kena tipu dengan sejenis mlm, tapi boleh pulak masuk jenis mlm yang lain. Bukan sekali dua, malah berkali-kali.
- Menggunakan orang yang lemah. Contoh, orang yang terdesak nak duit, student, surirumah, dan orang yang baru masuk kerja kerajaan sebab slip gaji bersih..mudah buat pinjaman bank. Keji sangat perangai dorang kan.
- Sentiasa tunjuk duit, kemewahan, lifestyle yang konon hebat. Sampaikan pergi beli kereta pun bawak satu team buat pasukan sorak.
- Makan gaji adalah kerja paling low standart, tak ada kelas. Padahal orang yang makan gaji ni lah yang dok beli barang dan sistem entah pape yang korang jual.
- Suka buat pos semacam mencabar ego orang kat media sosial. Contoh, sedara mara tak akan like status, orang tak like pos dia adalah sombong, customer lagi baik dari kawan sendiri.
- Selalu ugut nak buat friend clearance kat fb dia. Orang yang tak komen hi akan di buang dari list. Lalu dengan senang hati kita unfriend dia. Tengok2 dia request friend kat kita pulak..aip! Pelik kan.. Nasib kita tak check ada berapa friend dia..sebabnya yang komen hi tu tak berapa ramai pun..
Betul tak yang kita senarai kat atas tu? Nanti kalu ada lagi kita tambah ya.
No comments:
Post a Comment