1. Kulit merupakan organ terbesar di tubuh kita. Dulu-dulu kulit tidak diiktiraf sebagai organ, tetapi lebih dikenali sebagai struktur. jadi sebelum ini, hati diiktiraf sebagai organ paling besar.. Luas permukaan kulit adalah lebih kurang 20 kaki persegi... macam luas ruang tamu rumah dah..
2. Organ yang terkecil pula adalah pineal gland. Namun kecil-kecil cili padi. Ia berfungsi untuk membuatkan tubuh kita mengenal kitaran siang dan malam. Apabila matahari tebenam, hari mulai gelap. Pineal gland akan mengesan perubahan ini dan meransang rembesan melatonin. dengan itu, kita akan mengantuk dan tidur..
3. Perut boleh mengembang sehingga empat liter. Patutlah kita boleh makan bertambah-tambah sampai 3 pinggan nasi.. Ini bahaya tuan puan.. silap hari bukan perut sahaja mengembang, diameter tubuh kita pun turut sama mengembang.
4. Jantung menjana impulse elektrik sendiri. Semua organ memerlukan rangsangan dan isyarat daripada otak bagi menjalankan fungsi.. tetapi tidak bagi jantung. Ia mempunyai nodus sinoatrial yang berfungsi untuk memulakan impulse elektriknya sendiri. Impulse ini akan menyebabkan jantung berdegup mengikut ritma yang seragam. Sebab tu la pesakit yang kematian otak masih lagi hidup jika disokong dengan alat bantuan pernafasan, kerana darah dan oksigen masih boleh diedarkan ke seluruh badan oleh jantung walaupun organ-organ lain sudah tidak berfungsi kerana tiada kawalan daripada otak.
5. Kalsium yang disimpan di dalam tulang akan digunakan jika kita tidak mengambil kalsium melalui diet harian. Kalau tak cukup kalsium dalam makanan, kita akan mudah mendapat masalah gigi reput dan tulang reput atau lebih dikenali sebagai oesteoporosis. Jatuh sikit je, terus patah tulang.. Aduh sakit!
6. Estrogen mencegah penyakit jantung. Jarang sekali kita dengar wanita diserang sakit jantung selagi mana masih mempunyai kitaran haid. Estrogen membantu saluran arteri koronari untuk menjadi lebih fleksible. Ia juga menghalang arteri menjadi sempit dan keras atau lebih dikenali sebagai arteriosclerosis.



No comments:
Post a Comment