Monday, April 12, 2021
Fakta menarik mengenai anatomi manusia.
Monday, April 5, 2021
Fakta menarik mengenai pemindahan organ / organ transplant
Mari kita tengok beberapa fakta menarik mengenai pemindahan organ..
Hanya dua organ sahaja boleh didermakan semasa penderma hidup iaitu buah pinggang dan hati. Manakala organ-organ lain seperti jantung dan mata hanya boleh didermakan oleh penderma yang baru meninggal atau kematian fungsi otak.
Proses pembedahan mengambil dan memindahkan organ kepada penerima mestilah dilaksanakan dalam bilik pembedahan yang sangat bersih. Kes penculikan kanak-kanak menggunakan van putih dan pembedahan di dalam van adalah mitos semata-mata. Tak semudah itu nak keluarkan organ yang berfungsi dengan baik. Banyak prosedur yang perlu dilakukan bagi memastikan organ sihat walafiat..
Proses pendermaan mata bukanlah mengambil bulat-bulat satu biji mata. Hanya bahagian kornea sahaja yang diambil. Kornea adalah lapisan jernih yang melapisi mata hitam dan berfungsi untuk memfokuskan cahaya yang memasuki mata. Geram tengok cerita Kasim Selamat, lepas dapat mata baru, dicucuknya pulak dengan garfu..ingat mudah ke nak dapat penderma, nak bedah lagi..mahal tau.
![]() |
| corak zig zag kat dalam mata merupakan benang jahitan kornea |
Pesakit yang menerima buah pinggang akan mempunyai tiga organ dalam badannya. Buah pinggang lama tidak akan dibuang semasa pembedahan. melainkan jika organ lama memberi masalah kepada pesakit.
Organ yang didermakan akan dianggap sebagai benda asing oleh badan penerima. Oleh itu penerima organ perlu mengambil ubat bagi menghalang serangan antibodi badan daripada menyerang organ baharu diterima. Ia perlu diambil sepanjang hayat. Kesan ubatan ini menyebabkan penerima organ mudah diserang infeksi kerana ia berfungsi untuk memberi tekanan terhadap antibodi. Jadi penerima organ perlu mengelakkan daripada situasi yang menyebabkan mereka mendapat jangkitan.
Kita juga boleh menjadi penderma kepada diri sendiri. Contoh jika kita mengalami luka melecur yang sangat besar, sebahagian kulit peha akan diambil bagi menutup luka lecuran tadi. Ia dikenali sebagai skin graft. Bagi kes penyakit sumbatan saluran koronari pula, saluran darah daripada kaki boleh diambil bagi membuat pintasan saluran yang tersumbat tadi. Apapun, saluran darah bukanlah organ..tapi saja nak tulis kat sini =P
Gelora
Gelora bermaksud ombak badai yang kuat. Gelora perasaan pula bermaksud mood yang sukar digambarkan, bekecamuk, membara dengan nafsu, mungkin...
-
Kita boleh merancang apa yang kita mahukan. Dan, kita juga boleh berusaha untuk membolehkan perancangan itu berjaya. Tapi, apabila perancan...
-
Post bajet 2018 membuatkan kebanyakkan wanita tersenyum sengih sampai ke telinga. Cuti bersalin dinaikkan daripada 300 hari ke 360 hari. Ta...
-
Mari kita tengok beberapa fakta menarik mengenai pemindahan organ.. Hanya dua organ sahaja boleh didermakan semasa penderma hidup iaitu buah...





