Wednesday, March 31, 2021

5 dosa tanpa sedar.

Syurga. 

Sesuatu yang sentiasa diimpikan oleh manusia selepas kematian adalah syurga. Kenikmatan yang infiniti. Terdetik je dalam hati, terus menjelma di alam realiti...wau! hebat bukan? Dapat ke kita masuk syurga dengan amal dan pahala yang kita buat selama ini? adus...seram. Ya la... dalam dok hitung pahala, tengok-tengok habis muflis buat bayar balik dosa yang tiap-tiap hari buat. Silap-silap hutang lagi. Alamak! double seram! Eh kejap, apa dosa yang aku buat ek? ada ke??? hah.... jangan berlakon maksum cek oiii. meh sini nak bagi senarai dosa tanpa sedar yang mungkin kita lazimi:


Mengumpat / mengata

Hak ni tak payah cerita panjang wahai tuan-puan yang dikasihi.. sendiri maklum. sikit sebanyak memang ada sahaja perkara mengenai orang lain akan dibicarakan bila berkumpul bersama-sama. Selalunya motif asal sekadar luahan perasaan, tapi kemudian tewas dengan bisikan syaitan. Maka syaitan bertepuk tangan, malaikat geleng kepala catat buku amalan.


Tidak amanah dalam pekerjaan

Kadang-kadang kita tak sedar dalam melakukan pekerjaan, banyak masa ter'curi'. Contohnya melakukan pekerjaan lain semasa bekerja, menggunakan alatan pejabat untuk kegunaan peribadi.. Nak cerita lebih-lebih pun rasa seram. Bukan seram hantu, tapi seram sebab diri sendiri jadi hantu. 


Mengadu domba / bawa mulut

Orang lelaki jangan dok gedik sangat berlepas tangan bab ni ya. Sifat ni tak kenal jantina. Dok perati lama dah... baik lelaki mahupun perempuan sedikit sebanyak ada sifat ni. Kadang-kadang kita tak puas hati dekat seseorang, maka pelbagai usaha dilakukan supaya orang itu tidak disukai oleh ramai orang. Pendek kata, aku tak suka A, maka tak ada orang yang boleh suka A. Kalau orang bicara baik mengenai A, akan sedaya dipatahkan bicara itu supaya A kelihatan kurang elok. Ada sahaja cerita kurang elok akan dijaja mengenai A... hah, itulah kita panggil mengadu domba. 


Berbohong 

Asalnya melakukan pembohongan bertujuan untuk memudahkan urusan, tapi lama kelamaan seronok pula sampai dah jadi amalan. Kadang-kadang orang yang berbohong ini akan mencipta alasan bagi menjustifikasi pembohongannya...nak bagi sedap hati sendiri kan. meh nak bagi ayat sentap.. Munafik! hah, seram ke tak? mahukah kamu menjadi orang munafik? Sudah tentu tidak. Hindarilah berkata bohong, ikutlah sunnah nabi..berkata benar dan jujur sehingga digelar al-amin.


Mengambil hak orang lain

Kalau mencuri, memang terang-terang akan rasa dosa kan. Tapi ini ada satu perbuatan yang menyebabkan diri sendiri tak sedar bahawa dia sedang mencuri /  ambil hak orang. Apa benda tu? memotong barisan.. Hangin betul kita pergi pasaraya dah beratur elok nak bayar, tiba-tiba ada orang potong line. Geram kan..pernah kena tak? Sama juga kalau pergi klinik, orang yang tak tahu mana hala tiba-tiba dapat giliran dulu.. Kalau kecemasn tu, boleh la terima kan.... ni sihat walafiat, sembang-sembang kejap kat kaunter terus dapat giliran. 


Adus... ni baru sikit senarai..boleh ke masuk syurga neh? Boleh... mesti lulus syarat ini - MUSLIM. Sayangilah agama kita, jagalah baik-baik.. Dengan islam, kita akan dapat syurga. tapi bukanlah kata dengan menjadi muslin, terus masuk syurga tanpa hisab... tetaplah ada perhitungan..tetaplah ada balasan jika melalukan kezaliman dan dosa.. Cuma cepat atau lambat. Kita nak yang mana? pilihan ditangan kita. 


Ikhlaskan setiap perbuatan kerana Allah,  syurga itu bukan percuma. Lakukan amalan wajib, banyakkan amalan sunat. betulkan niat dalam ibadah. 

Gelora

Gelora bermaksud ombak badai yang kuat. Gelora perasaan pula bermaksud mood yang sukar digambarkan, bekecamuk, membara dengan nafsu, mungkin...