- semua kedai tutup termasuk restoren, taska, sekolah
- semua orang malas kerja sehingga kerana telah kaya
- bekalan makanan terputus kerana petani, nelayan dan penternak sudah malas ke kebun kerana sudah kaya
- pembinaan bangunan seperti rumah dan pembangunan terhenti kerana buruh-buruh kasar sudah kaya.
- semua orang dah kaya, mengapa perlu kerja?
Maka tinggalah orang-orang kaya yang kelaparan kerana tiada bekalan makanan. Serta kebosanan kerana tiada tempat berhibur kerana taman-taman tema dan saluran televisyen ditutup kerana tiada pekerja yang mahu bekerja lagi..
Tapi.... itu hanyalah impian indah sahaja. Jika diberi 10 juta, maka ingatlah..manusia adalah makhluk paling tamat. Jika tidak, tiada pepatah sudah diberi betis, mahukan peha. Mustahil manusia akan merasa cukup dengan apa yang ada. Jika hari ini aku adada 10 juta, esok aku mesti dapatkan lagi 10 juta.
Percayalah, pada waktu tersebut, harga ikan akan mencecah ratusan ribu sekilogram. harga kereta akan mencecah ratusan juta. Dimana ada peluang untuk menambah kekayaan, disitu akan menjadi tumpuan.
ingat, manusia tak pernah cukup dengan apa yang ada!