Monday, October 30, 2017

Bajet 2018 dan wanita

Post bajet 2018 membuatkan kebanyakkan wanita tersenyum sengih sampai ke telinga. Cuti bersalin dinaikkan daripada 300 hari ke 360 hari. Tak cukup dengan itu, wanita yang hamil lima bulan ke atas dibenarkan pulang satu jam lebih awal, dan ditemani suami jika bekerja berdekatan. Oh, ibarat syurga dunia bagi golongan yang mementingkan keluarga. Sesetengah majikan dan individu gigih bekerja pula akan geleng kepala dan mencantas kegembiraan keluarga-keluarga bahagia dengan ayat-ayat berbisa, bisa sampai menusuk kalbu. Ada orang terasa ke? ekekekeke

Apabila kita gembira dengan berita yang diumumkan PM Malaysia, mula lah ada kata-kata pula mengata mengutuk. Sokong Pak Jib lah tu... amboi-amboi... orang sekarang ni memang suka negatif je sepanjnag masa ka? Salah ka nak sokong Pak Jib??? =P

Ha...jangan pandai-pandai nak buat spekulasi okay. Saya tidak menyatakan sokongan saya kepada mana-mana pihak, sama ada kerajaan BN, Pakatan atau apa-apa sahaja parti yang lalu depan mata, kecuali parti hari jadi.. dengan syarat, meh la jemput saya =P

Berbalik kepada keistimewaan buat wanita mengandung bermula pada 2018, Alhamdulillah.. Selaku wanita bekerjaya, yang mana cuti bersalin tingga tak banyak hari, saya mampu tersengih dan merancang untuk mengandung bagi meramaikan lagi ummat Nabi Muhammad. Kalau Pak Jib tak tambah cuti pun, memang saya nak beranak jugak... tapi lambat lagi lah sebab kena bersedia dari sudut kewangan kerana terpaksa ambil cuti tanpa gaji.

Tapi satu je lah yang tak berapa nak berkenan, apabila dikatanya lebih ramai wanita akan kembali bekerja. Bagus wanita bekerja, malahan saya juga wanita bekerja. Tapi, jika wanita itu sudah bekorban untuk keluarga, sanggup meninggalkan pendapatan yang diperolehi setiap bulan semata-mata untuk berbakti kepada keluarga, kenapa nak demoralized mereka?

Seharusnya suri rumah diberi banyak keistimewaan kerana merekalah yang akan membentuk generasi masa depan. Penentu kejayaan generasi masa depan bukan terletak kepada diri mereka. tetapi terletak pada generasi masa kini! yang mendidik, mengajar dan mengasuh. Mana boleh kita berlepas tangan, menyerahkan tanggungjawab itu ke atas diri mereka sendiri. Cukuplah kita lihat generasi masa kini yang dibentuk oleh "kita".  Kita yang sellau berbangga dengan masa lampau sehinggakan tercipta  frasa MASA AKU DULU BLA BLA BLA...

Kononya, dulu cikgu aku pukul sampai berbirat..maka aku jadi penjawat awam. Cikgu jemur aku tengah panas, maka aku jadi kaya. Harapnya ajaran-ajaran seperti ini boleh lah dihapuskan. Kalau ajaran itu berkesan, tak ada maknanya nak ada penjara dan pusat serenti. Tak ada juga generasi yang kurang ajar.

Kalau engkau memang jenis yang baik, cikgu tak pukul pun memang kau akan jadi baik. Tapi...kalau kau jenis nakal, mencuri, lompat pagar, waima cikgu sumbat kau dalam penjara pun, kau tetap akan buat benda yang sama. Sebab apa? Golongan yang nakal ni kurang kasih sayang. Ya, mereka kurang sentuhan dan belaian.

Ada kau nak tengok masalah ni? tak ada kan. Apa kau tahu? kutuk dan tetap mengatakan kaedah pendidikan zaman kau adalah terbaik. Oh tolong.. tolong apa? tolong istighfar banyak-banyak. Insaf okay!

Berilah sokongan, dan penghargaan buat suri rumah yang bekorban menjaga keluarga. Bukannya suruh mereka keluar rumah dan tinggalkan anak-anak kepada orang lain. Hargailah mereka. berilah ganjaran, paling kurang bagi kemudahan kepada suri rumah kalau mereka nak belajar kemahiran seperti memasak, menjahit atau sewaktu dengannya. Boleh la juga buat kerja dari rumah kan.. Anak-anak pun terjaga, ekonomi bertambah.

Majulah wanita! =)




Thursday, October 26, 2017

kata aluan

Kita boleh merancang apa yang kita mahukan. Dan, kita juga boleh berusaha untuk membolehkan perancangan itu berjaya. Tapi, apabila perancangan itu gagal, walaupun kita telah berusaha sebaik mungkin, ingatlah! Adanya kuasa yang paling besar selain daripada keinginan kita. Siapa? Allah S.W.T

Allah tidak menjanjikan kita berusaha, pasti kita berjaya. Tapi Allah suruh kita berusaha untuk berjaya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita. Boleh jadi kita berkehendakkan sesuatu, tetapi ia bukanlah terbaik untuk kita. 

Sebagai mukmim, janganlah kita menzalimi diri sendiri dengan merintih dan meletakkan diri kita di lembah yang paling hina. Marahkan orang sekeliling kerana tidak membantu, marahkan sistem pentadbiran negara, marahkan semua yang rapat dengan kita semata-mata kerana kita tidak mendapat apa yang kita inginkan.

Apa yang patut dilakukan? Berdoalah. Merintihlah kepada Allah dan dekatilah orang-orang yang berada sisi kita. Mereka pasti akan mendengar. Jangan biarkan kekecewaan memutuskan ukhuwah yang terjalin. Allah pasti akan menolong kita. Boleh jadi Allah akan gantikan sesuatu yang lebih baik kepada kita. 

Apa yang penting, berfikir secara positif. Jadilah seorang yang optimis. Hindarilah rasa aku hebat. Aku tidak patut gagal. Jika gagal, biarkan. Berusahalah untuk menghidari kesalahan yang sama agar di lain hari, kita akan berjaya.


**optimis okay!

Gelora

Gelora bermaksud ombak badai yang kuat. Gelora perasaan pula bermaksud mood yang sukar digambarkan, bekecamuk, membara dengan nafsu, mungkin...